KELAS ICT : CANVA – DIY SAMPUL DUIT RAYA
Aktiviti terkini | 27 April 2024Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Felda Keratong 6
Ringkasan Aktiviti :
• Membimbing ahli cara membuat sendiri sampul duit raya dengan memasukkan elemen-elemen dan teks yang bersesuaian.
Tujuan :
• Membimbing ahli khususnya pelajar sekolah mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend dalam menghasilkan pelbagai bentuk dokumen, reka bentuk, karya dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif.
• Mengenali dan menggunakan tool serta fungsi yang terdapat di dalam Canva.
• Menghasilkan sampul duit raya sendiri menggunakan Canva.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengenalan website Canva.
• Memilih saiz dokumen yang bersesuaian untuk membuat sampul duit raya.
• Memasukkan elemen dan teks yang bersesuaian untuk menghasilkan sampul duit raya yang kreatif dan menarik.
• Menyimpan hasil karya yang siap dihasilkan.
Kelebihan Aktiviti :
• Dengan Canva, sesiapa saja boleh berkreatif dan menghasilkan karya yang profesional tanpa perlu mahir dalam reka bentuk.
• Dapat menghasilkan sesuatu karya, dokumen dan sebagainya dalam masa yang singkat sama ada dalam komputer atau telefon pintar.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :