KELAS ICT : CARA MENAMBAH FONT DI MICROSOFT WORD

Aktiviti terkini | 22 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Membimbing ahli cara memuat turun font di website yang berkaitan dan kemudiannya menterjemah font yang dipilih tadi dalam bentuk teks/perkataan.

Tujuan :
• Menambah font di aplikasi Microsoft Word.
• Membuat tulisan atau teks nampak lebih menarik terutamanya ketika membuat nota.
• Memberi pendedahan kepada ahli berkaitan cara memilih font yang sesuai dalam sesebuah dokumentasi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memuat turun font yang disukai di website dafont.com
• Membuka aplikasi Microsoft Word.
• Memilih font yang baru dimuatnaik.
• Menaip teks/perkataan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dokumentasi yang dibuat nampak lebih menarik dan profesional.
• Meningkatkan kreativiti kerana kepelbagaian font dapat membantu dalam ekspresi kreatif, terutamanya dokumen yang memerlukan estetika visual yang menarik.
• Menggunakan font yang berbeza untuk membezakan beberapa maklumat dalam sesebuah dokumentasi.
• Mengetahui bentuk font yang menyokong pelbagai bahasa dan karakter.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :