KELAS ICT : POSTERMYWALL – KAD HARI IBU

Aktiviti terkini | 11 Mei 2024

Tempat Aktiviti:
Bilik Latihan NADI Felda Keratong 6

Ringkasan Aktiviti :
• Membimbing ahli cara membuat kad ucapan sempena sambutan Hari Ibu dengan memasukkan kata-kata yang indah, gambar dan sebagainya.

Tujuan :
• Membimbing ahli khususnya pelajar sekolah mengenai penggunaan aplikasi PosterMyWall yang kini menjadi trend dalam menghasilkan pelbagai bentuk dokumen, reka bentuk, karya dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif.
• Mengenali dan menggunakan tools serta fungsi yang terdapat di dalam PosterMyWall.
• Memberi pendedahan kepada ahli tentang kasih sayang dan menghargai jasa dan pengorbanan ibu.
• Meningkatkan pemikiran kreatif bagi menzahirkan idea secara individu.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengenalan website PosterMyWall.
• Memilih template yang bersesuaian dengan tema.
• Menaip teks, memasukkan gambar dan memilih font yang menarik.
• Menyimpan dan mencetak hasil karya yang siap dihasilkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Dengan aplikasi PosterMyWall, sesiapa saja boleh berkreatif dan menghasilkan karya yang profesional tanpa perlu mahir dalam reka bentuk.
• Dapat mengeskperesikan penghargaan kepada insan yang bergelar ibu.
• Dapat menghasilkan sesuatu karya, dokumen dan sebagainya dalam masa yang singkat sama ada dalam komputer atau telefon pintar.
• Mengeratkan hubungan antara anak dan ibu sempena sambutan Hari Ibu.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :